Perselisihan Azmin-Azizah jejas PKR?

KUALA LUMPUR: Akhbar palsu milik kerajaan Selangor yang menghentam Menteri Besar, Encik Mohamed Azmin Ali adalah petanda terbaharu perselisihan antara pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang memerintah negeri itu, yang bakal mengeruhkan semula keadaan parti berkenaan.

Perselisihan di antara Encik Azmin yang juga timbalan presiden PKR dan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berterusan walaupun parti itu cuba bergerak melangkaui pemimpin popularnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin parti mengakui terdapat perbezaan pendapat dalam kepimpinan tetapi menyalahkan akhbar palsu Selangorkini didalangi musuh PKR seperti Umno.

Namun, persoalannya adakah PKR akan dapat menyelesaikan perpecahan antara dua pemimpin tertinggi parti itu, terutama apabila mereka memutuskan untuk menjadi penyatu kepada pembangkang yang berbeza ideologi.

Perselisihan di antara Encik Azmin dan Dr Wan Azizah menjadi isu hangat politik PKR sejak parti itu ditubuhkan pada 1999, di mana isteri kepada Datuk Seri Anwar itu mengetuainya manakala menteri besar Selangor itu sebagai naib presiden.

Kemuncaknya ialah pada pemilihan parti itu tahun lepas di mana jawatan presiden ditandingi Dr Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar.

Cakap-cakap mengatakan tujuan Datuk Seri Anwar bertanding jawatan presiden adalah untuk menghalang isterinya dicabar Encik Azmin atau sesiapa sahaja.

Datuk Seri Anwar kemudiannya menarik diri dan Dr Wan Azizah menang tanpa bertanding sebagai presiden.

Tahun lalu, Encik Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Dr Wan Azizah, walaupun dalam 'Langkah Kajang' menyaksikan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kecil sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif negeri.

Encik Azmin dan Dr Wan Azizah juga berbeza pendapat dalam keputusan dasar parti seperti hubungan dengan PAS selepas Pakatan Rakyat dibubarkan dan pengumuman penubuhan gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

Edisi Selangorkini palsu itu yang diedarkan pada hari terakhir konvensyen PKR di Shah Alam semalam mengeksploitasi perselisihan itu.

Di antaranya ialah sebuah laporan yang mengatakan Dr Wan Azizah akan menjadi menteri besar lebih baik dan Encik Azmin cuba menjatuhkannya sebagai presiden.

Pemimpin PKR dengan pantas menyalahkan musuh politik mereka berhubung akhbar palsu itu.

"Saya rasa ia adalah satu langkah terdesak Umno dan Barisan Nasional (yang) cuba untuk melemahkan pentadbiran sekarang di Selangor," kata Azmin ketika ditanya mengenai akhbar palsu itu.

Naib Presiden PKR, Encik Chua Tian Chang, mendakwa akhbar itu sebahagian daripada taktik Umno untuk membuatkan partinya dan pembangkang tidak bersatu, berpecah belah dan tidak layak untuk memerintah.

"Mereka tidak akan berdebat dengan kami mengenai dasar atau amalan perdebatan sihat seperti dalam demokrasi, jadi satu-satunya cara untuk menjatuhkan kita adalah dengan mengatakan PKR dan pembangkang berpecah, jadi bagaimana anda hendak percaya dengan mereka?"

Setiausaha Agung PKR, Encik Rafizi Ramli, mengakui terdapat perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin PKR tetapi isu itu sengaja diperbesarkan musuh parti.

Perbezaan pendapat perkara positif.

Disebabkan itu, perpecahan di antara Encik Azmin dan Dr Wan Azizah boleh mendatangkan risiko dan melemahkan PKR serta mengalihkan perhatian apabila parti itu perlu bersatu untuk menjadi kuasa penyatuan pembangkang.

"Saya tidak sama sekali bimbang tentang taktik ini kerana saya tahu akar umbi parti tidak mudah terperangkap untuk mempercayainya," kata Encik Rafizi, yang juga naib presiden.

Beliau juga menyangkal hujah perselisihan ini menyekat parti itu, mengatakan PKR terus menambah keahliannya.

"Sejak Datuk Seri Anwar dipenjara kami berjaya menambah keahlian. Apabila proses n dibuat secara atas talian ia meningkat 300 peratus.

"Kami juga mendapati beberapa personaliti terkenal turut menyertai kami," katanya.

Dua ahli baharu PKR ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang sebelum ini ahli Umno dan Datuk Kamaruddin Jaafar daripada PAS.

"Malah, seorang perwakilan dari Kota Kinabalu, Rosli Masaliku mendakwa ahli akar umbi tidak terkesan dengan perselisihan yang berlaku itu.

"Parti kami sudah matang untuk menerima perbezaan dan kritikan ini. Ia bukannya politik jika tidak ada perbezaan pendapat."

Encik Rafizi lebih suka untuk melihat perbezaan pendapat sebagai kekuatan tetapi menegaskan setiap kali PKR membuat keputusan secara kolektif, semua ahli mesti mengikutnya.

"Saya akan lebih bimbang jika ahli berasa selesa dengan pemimpin mereka dan hanya bertindak sebagai 'yes men' (pengikut yang mengiyakan sahaja).

"Apabila anda menghormati perbezaan pendapat ini bermakna tidak ada sesiapa yang akan mencantas mereka melalui parti. Ia menjadi mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh dalam parti." - The Malaysian Insider

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.