Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Persepsi rasuah: M'sia yakin kedudukan diperbaiki

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia yakin kedudukan negara ini dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa akan berada dalam keadaan lebih baik pada tahun hadapan.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata menyedari kedudukan yang merosot itulah maka kerajaan mengambil pelbagai tindakan tegas bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.



"Sekarang ini mesej kita (kerajaan) adalah jelas. Saya percaya pada tahun depan akan ada perbezaan besar," katanya kepada media, lapor Malaysiakini.



Sebelum ini, Transparency International (TI) membentangkan laporan mengenai CPI Malaysia yang menunjukkan kedudukan negara itu jatuh buat tahun ketiga berturut-turut.



Malaysia mendapat 47 mata daripada keseluruhan 100 mata. Pada 2021 negara itu mendapat 48 mata, berbanding 51 mata pada 2020 dan 53 mata pada 2019.



Ia menunjukkan Malaysia jatuh enam mata pada tahun lepas.



CPI menggunakan skala kosong sebagai negara yang sangat rasuah manakala 100 adalah sangat bersih.



Kata Datuk Anwar, kedudukan terkini negara dalam CPI itu menunjukkan ada masalah besar sedang dihadapi secara meluas, dari peringkat atasan sehingga ke bawah.



Justeru menurutnya kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak bertolak ansur.



"Kerajaan ini masih baru lagi, tapi insya-Allah kita boleh (membaiki kedudukan) secara konsisten dan memberikan dukungan penuh kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >