Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Persetujuan dicapai bantu Syria akhiri perang saudara, bentuk pemerintah baru jelang 2017

Nov 16, 2015 | 07:47 AM



VIENNA: Tujuh belas negara, didorong oleh serangan maut di Paris Jumaat lalu (13 Nov), mengatasi perbezaan mereka tentang cara menamatkan perang saudara di Syria dan menerima garis masa yang akan membolehkan kumpulan pembangkang membantu merangka perlembagaan dan memilih kerajaan baru negara itu pada 2017.


Russia, Amerika Syarikat dan negara utama Eropah serta Timur Tengah pada Sabtu (14 Nov) menggariskan pelan di Vienna untuk proses politik di Syria yang akan membawa kepada pilihan raya dalam tempoh dua tahun, walaupun perbezaan kekal mengenai isu-isu utama, seperti nasib Presiden Bashar al-Assad.


Sebagai langkah pertama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju mengadakan pertemuan antara pemerintah Syria dengan wakil pembangkang menjelang 1 Januari depan, kata Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerrr, dan Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, dalam satu sidang akhbar bersama di Vienna, Sabtu lalu.


Serangan Paris mengalihkan tumpuan rundingan di Vienna daripada perincian mengenai pertubuhan mana akan dikira sebagai kumpulan pembangkang, dan bukan pengganas, dan oleh itu boleh mengambil bahagian dalam penyelesaian politik di Syria kepada usaha mengalahkan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) melalui tindakan ketenteraan, kata diplomat.


Satu gencatan senjata antara pemerintah Damsyik dan kumpulan pembangkang yang diiktiraf harus dicapai dalam tempoh enam bulan, menurut kenyataan mereka.


Serangan pengganas di Paris mendorong para diplomat, yang pada perbincangan sebelum ini tidak berjaya menyelesaikan perbalahan antara mereka.


Sedang Russia dan Iran berpihak pada Presiden Assad, Amerika dan sekutu serantaunya berkeras mahu beliau disingkir.


Sedang diplomat buntu mengenai soal Encik Assad, kumpulan pengganas seperti ISIS berkembang dan menjadi lebih kuat dalam Syria.


Kini sekutu Encik Assad telah menyampaikan bahawa beliau bersedia melibatkan diri dengan serius dalam perbincangan, tetapi Encik Kerry berkata ini perlu dibuktikan dengan tindakan.


Konflik di Syria telah membunuh kira-kira 250,000 jiwa setakat ini dan membuat berjuta-juta orang melarikan diri dari rantau itu, mencetuskan krisis pelarian paling teruk di Eropah sejak Perang Dunia II.


Para diplomat yang bermesyuarat di ibu negara Austria ini juga memutuskan meletak ISIS, bersama Al-Nusra, kumpulan pengganas kerana Al-Qaeda, dalam senarai mereka yang tertakluk kepada serangan tentera walaupun setelah gencatan senjata dilaksana.


Senarai yang diuruskan oleh Jordan itu boleh diperluas untuk memasukkan kumpulan lain di Syria, kata Encik Kerry dan Encik Lavrov.


Wakil khas PBB, Encik Staffan de Mistura, berkata pelan 18 bulan untuk menubuhkan sebuah pemerintah baru Syria "sangat mencabar tetapi boleh dicapai". - Bloomberg, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >