Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertahanan awam Saudi beri amaran hujan, ribut pasir landa seluruh negara

Aug 25, 2023 | 04:09 PM



RIYADH: Direktorat Umum Pertahanan Awam Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai termasuk anggota jemaah supaya berwaspada ekoran ramalan hujan dan ribut pasir yang dijangka melanda dari Jumaat hingga Selasa.


Pihak berkuasa berkata orang ramai harus menjauhi kawasan berair seperti sungai, laut, paya dan lembah.

Mereka turut digesa supaya mengikut arahan yang dikeluarkan melalui pelbagai media dan laman rangkaian sosial direktorat.

Wilayah Makkah, Asir, Al-Baha dan Jazan dijangka mengalami hujan sederhana hingga lebat yang boleh membawa kepada hujan lebat, hujan batu dan ribut debu.

Pihak berkuasa menambah bahawa hujan ringan hingga sederhana berserta ribut pasir juga dijangka berlaku di wilayah Makkah, Bahrah, Al-Jumum, Al-Qunfudhah, Al-Lith, Al-Khurma, Ranyah dan Turbah.

Wilayah Madinah dan Najran juga dijangka terjejas oleh hujan renyai-renyai yang membawa bersamanya ribut debu.

Langkah berjaga-jaga oleh pihak Pertahanan Awan Arab Saudi itu diambil menyusuli kejadian hujan lebat dan ribut petir yang turut menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Makkah dilanda banjir.

Agensi berita AFP melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua orang maut apabila hujan lebat melanda Arab Saudi, termasuk bandar pantai Jeddah.


Cuaca buruk itu menyebabkan beberapa penerbangan ditangguhkan dan sekolah-sekolah ditutup, kata pegawai.

“Dua kematian telah direkodkan setakat ini, dan kami menyeru semua orang supaya tidak keluar rumah kecuali perlu,” kata pihak berkuasa wilayah Makkah menerusi laman Twitternya pada Khamis.

Salah seorang mangsa yang maut ialah Encik Mohammed Al-Twaim, guru di Sekolah Rendah Mina, ketika beliau cuba melarikan diri daripada keretanya yang ditenggelami banjir.

Wilayah Makkah termasuk Jeddah, kota kedua terbesar dengan sekitar empat juta penduduk, dan kota Makkah, kota paling suci dalam Islam, tempat berjuta-juta orang menunaikan haji dan umrah setiap tahun.

Jalan yang menghubungkan kedua-dua kota tersebut, yang digunakan ramai jemaah untuk ke Makkah, ditutup pada Khamis sebaik hujan bermula, lapor media kerajaan, walaupun ia kemudian dibuka semula, kata pihak berkuasa.

Ribut petir dan hujan lebat yang melanda kawasan Makkah itu amat berbeza daripada cuaca panas ketika para jemaah dari seantero dunia mengerjakan haji pada Jun.

Lebih 2,000 anggota jemaah haji mengalami tekanan hawa panas semasa mengerjakan ibadah haji apabila suhu mencecah 48 darjah Celsius ketika itu.

Mereka adalah antara lebih 1.8 juta jemaah yang menunaikan ibadah haji selama beberapa hari, kebanyakannya berada di kawasan terbuka tatkala cuaca memuncak panas di sekitar padang pasir negara itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >