Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Pertelingkahan KJ, Zahid Hamidi jadi tumpuan

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



SUNGAI Buloh sering dikaitkan dengan penjara terbesar Malaysia yang menjadi tempat tahanan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir sembilan tahun.



Namun dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sungai Buloh menjadi tumpuan panas tengkarah politik dalaman Umno yang sedang membara.



Perang mulut antara Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan calon Barisan Nasional (BN), Encik Khairy Jamaludin, yang lebih dikenali sebagai KJ minggu lalu umpama retak menanti belah.



Persoalan mengapa KJ seorang Ahli Parlimen (AP) Rembau, Negeri Sembilan, selama dua penggal tiba-tiba berpindah ke Sungai Buloh di Selangor menjadi antara misteri hari penamaan calon.



Empat hari kemudian Datuk Ahmad Zahid diasak media untuk menjelaskan kedudukan sebenar. Menurutnya tiada siapa memaksa atau mendesak KJ bertanding di Sungai Buloh.



"KJ yang minta diberikan peluang bertanding di sana dan saya tunaikan permintaannya," jelas Datuk Ahmad Zahid.



Dakwaan itu mencetuskan reaksi segera daripada KJ.



"Realitinya ialah saya tidak ada pilihan kerana kepimpinan parti tidak memberi petanda di mana saya akan bertanding. Hari pencalonan sudah hampir tiba dan saya perlu melakukan sesuatu," jelas KJ.



Sumber dalaman Umno yang dipercayai mendedahkan kepada Berita Harian, KJ pada mulanya berada dalam senarai AP yang akan digugurkan daripada bertanding PRU15.



Tetapi pada saat akhir keputusan itu berubah.



Beliau antara ahli Umno yang dikatakan tergolong sebagai kluster menteri berpihak pada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.



Antara mereka yang digugurkan ialah Tan Seri Annuar Musa, Tan Seri Noh Omar, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.



KJ mengaku telah bertemu Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, untuk berbincang dan meminta nasihat. Beliau mengusulkan KJ bertanding di Sungai Buloh walaupun ia adalah kawasan sukar kerana Pakatan Harapan (PH) telah menang besar dengan kelebihan 26,000 undi pada 2018.



"Beliau patut berterima kasih pada saya sebab beri peluang bertanding di Sungai Buloh," kata Datuk Ahmad Zahid ketika diminta mengesahkannya.



Sejak itu, hampir setiap hari mereka berbalas kritikan.



"Saya datang ke Sungai Buloh bukan untuk 'bunuh' diri saya sendiri, ini bukan misi 'kamikaze'. Saya ambil dan garap cabaran ini kerana jika orang Sungai Buloh menangkan saya di kawasan Parlimen P107, Sungai Buloh bukan hadnya.



"Saya bawa orang Sungai Buloh satu hari nanti kita pimpin negara Malaysia. Tetapi bukan sekaranglah. Sekarang ini kita menang, kakanda saya, Ismail Sabri jadi Perdana Menteri Malaysia. Saya umur 46 tahun, boleh tunggu lagi," kata KJ sewaktu bayangkan hasratnya menjadi perdana menteri satu hari nanti.



Datuk Ahmad Zahid membalas dan dipetik sebagai berkata:



"Kita boleh berbeza pendapat. Tapi kalau tunjuk diri terbaik, terpandai, paling bijaksana. Itu ertinya perasan."



Sehari kemudian, tengkarah antara mereka meledak apabila KJ mengejutkan ramai dengan mendakwa Umno sebagai parti yang sudah "sesat dan perlu kembali ke pangkal jalan".



"Cuma Umno (kini) dah sesat, dan kena kembali ke pangkal jalan. Kena 'fix' (perbaiki) balik Umno ni lagi, perbetulkan Umno. Dan saya bukan 'yes man'. Saya seorang reformis dalam Umno, tak boleh kunci mulut, sebab itu (agaknya) saya dihantar ke Sungai Buloh," tegas KJ.



Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang reformis yang akan membersihkan Umno dan mahu mengembalikan parti itu menjadi wadah perjuangan yang boleh dibanggakan orang Melayu seperti satu ketika dulu.



Sejauh mana perang mulut kepimpinan Umno ini akan berterusan dan mencerut lagi peluang KJ memenangi Sungai Buloh adalah sesuatu yang sukar diramalkan.



Apa yang jelas ialah jika KJ gagal memenangi persaingan sengit Sungai Buloh, kerjaya politiknya mungkin akan terkubur.



  • Penulis mantan wartawan kanan BH yang kini menetap di Kuala Lumpur.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >