JAKARTA: Pertemuan tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan diadakan di Istanbul, Turkey, hari ini dijangka menyatukan suara bagi mempertahankan Palestin, berikutan keputusan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengenai Baitulmakdis.
"Para anggota OIC harus mengambil kesempatan daripada pertemuan ini bukan hanya menyatukan penolakan mereka terhadap dasar Amerika sahaja, malah lebih penting ialah mendorong agar segera dicapai kemerdekaan Palestin," kata Menteri Luar Indonesia, Cik Retno L.P. Marsudi, dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin.