SHAH ALAM: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 boleh mendarat di landasan lebih pendek daripada biasa sekiranya perlu melakukan pendaratan cemas mengikut kecekapan juruterbang.
Bekas Pengawal Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Encik Mustapha Kamal Abdul Rahman, berkata apabila berlaku kecemasan yang memerlukan pendaratan segera, pastinya juruterbang akan cuba mendarat di tempat yang selamat.