Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat buat pendaratan cemas di Bulgaria berikutan ancaman bom

Nov 19, 2015 | 05:12 PM



SOFIA - Sebuah pesawat dengan 161 penumpang yang sedang menuju ke Mesir dari Warsaw, Poland, telah melakukan pendaratan cemas di sebuah bandar Laut Hitam menyusuli satu ancaman bom, hari ini, Khamis.


Pihak berkuasa Bulgaria, berkata kesemua penumpang dan anak kapal telah diselamatkan, namun tiada bahan letupan ditemui dalam pesawat itu, kata jurucakap lapangan terbang Burgas.


Bagaimanapun, lapangan terbang bandar itu masih ditutup.


"Pesawat tersebut mendarat di Burgas sekitar 5.48 pagi (11.48 pagi waktu Singapura) selepas penerbangan LLP8015 dari Warsaw ke Hurghada memohon untuk melakukan pendaratan cemas, menyusuli laporan tentang adanya bahan letupan dalam pesawat," kata pegawai akhbar.


Seorang penumpang yang memberitahu anak kapal tentang kemungkinan adanya bom itu selepas disoalsiasat mengaku telah mengambil alkohol, kata jurucakap polis wanita.


Seorang lagi penumpang yang dikenali sebagai Agata Pinuszewska memberitahu penyiar televisyen TVN24 bahawa pesawat itu menukar arah selepas seorang lagi penumpang menjerit bahawa dia memiliki bom


Jurucakap bagi syarikat penerbangan nasional Poland LOT berkata pihaknya tidak memiliki pesawat itu tetapi ia telah disewa untuk membawa penumpang menuju ke bandar Mesir, Hurghada. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >