Pesawat Columbia terhempas, semua penumpang, anak kapal terkorban

BOGOTA (Colombia): Kesemua penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas di hutan Amazon, Ahad lalu disahkan telah terkorban.

Agensi berita AFP menukil pegawai pasukan penyelamat, Gustavo Ortega, sebagai menyatakan, 10 penumpang dan dua anak kapal merupakan warga Columbia.

Mereka yang terkorban terdiri daripada enam lelaki, tiga wanita dan seorang remaja perempuan.

Pesawat HK-4755 PA 34 Navajo dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Araracuara di selatan Columbia sekitar 3 petang waktu tempatan, Sabtu. (Ahad, 4 pagi waktu Singapura).

Ia terputus hubungan dengan pusat kawalan udara apabila berada di ruang udara bandar Florencia, lapor AFP.

Bangkai pesawat ditemui kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Puerto Santander, timur Columbia. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.