Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat Etihad patah balik agar pasangan tua dapat ziarah cucu yang nazak

Apr 13, 2016 | 11:26 AM



ETIHAD Airways mendapat pujian bagi perkhidmatan pelanggan mereka yang "melebihi apa yang yang dijangka" apabila sebuah pesawat syarikat penerbangan itu berpatah balik di Lapangan Terbang Manchester agar satu pasangan tua dapat melawat cucu mereka yang nazak.



Pasangan itu, yang telah bersiap untuk bertolak ke Australia melalui Abu Dhabi pada 30 Mac, mendapat tahu tentang keadaan cucu mereka hanya selepas mereka menaiki pesawat, lapor The Independent.



Ejen pelancongan pasangan itu, Cik Becky Stephenson, berkata mereka hendak mematikan telefon bimbit apabila ternampak ada panggilan terlepas daripada seorang menantu lelaki mereka.



"Pesawat sedang bergerak di landasan untuk berlepas apabila mereka mendapat mesej teks yang berkata cucu lelaki mereka di unit rawatan rapi dan mereka perlu pergi ke sana," kata Cik Stephenson.



Pasangan itu memberitahu anak kapal yang kemudian bercakap kepada kapten, yang langsung berpatah balik ke pintu masuk pesawat, menurutnya.



Pada masa sama, kakitangan Etihad mengatur untuk mendapatkan bagasi pasangan tersebut dan membantu mereka melalui semula lapangan terbang.



Menurut Travel Weekly, kereta pasangan itu didapatkan dari tempat letak kereta dan dibawa ke bangunan ketibaan supaya mereka boleh terus pergi melawat cucu mereka.



Penerbangan itu tetap diteruskana selepas pasangan tersebut turun.



Namun, cucu mereka meninggal dunia esoknya pada 31 Mac.



"Ia satu perkara sedih bagi pelanggan saya, tetapi sungguh baik Etihad dapat membantu dengan cara itu," ujar Cik Stephenson.



Beliau berkata insiden tersebut "sangat luar biasa".



Bahkan pasangan itu telah diberitahu oleh Etihad mereka masih boleh menggunakan tiket mereka pada tarikh lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >