KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang, MH370, telah menghantar sekurang-kurangnya dua data teknikal kepada syarikat penerbangan itu sebelum ia hilang, menurut majalah New Scientist semalam.
Data itu mungkin dapat membantu penyiasat memahami apakah yang berlaku ke atas pesawat itu, yang masih belum dapat ditemui sejak ia hilang awal Sabtu lalu, tambah majalah itu lagi.