KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk dua bayi, dilaporkan hilang dua jam setelah berlepas dari sini awal pagi semalam dan masih belum dapat dikesan sehingga akhbar ini dicetak malam tadi.
Pesawat MH370 itu dilaporkan hilang daripada skrin radar Pusat Kawalan Udara Subang pada 2.40 pagi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.