Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat Mesir dirampas, 81 orang dilapor dalam pesawat

Mar 29, 2016 | 02:36 PM



KAHIRAH: Sebuah pesawat penerbangan domestik EgyptAir dalam penerbangan dari Iskandariah ke Kahirah telah dirampas, menurut jurucakap syarikat penerbangan itu pada Selasa (29 Mac).



Perampas meminta pesawat tersebut mendarat di Cyprus, kata jurucakap itu, yang meminta beliau tidak dikenal pasti selaras dengan dasar syarikat itu.




Perampas menghubungi menara kawalan pada 8.30 pagi  Selasa (1:30 petang waktu Singapura) dan penerbangan MS 181 itu diberi kebenaran mendarat  pada 8.50 pagi di lapangan terbang Larnaca, kata polis Cyprus.

Seorang perampas memberitahu juruterbang bahawa dia memakai tali pinggang bahan letupan, lapor Cyprus Broadcasting, sambil menambah bahawa polis telah diminta berundur dari lapangan terbang itu.


 



Laporan mengatakan terdapat kira-kira 81 orang dalam pesawat itu, serta seorang lelaki yang dipercayai bersenjata.



Pegawai Cyprus mengatakan perampas kemudian membenarkan wanita dan kanak-kanak  meninggalkan pesawat itu, dengan beberapa daripada kini sedang melakukan itu, lapor Telegraph.



Perampas itu tidak membuat sebarang tuntutan segera dan sebuah pasukan krisis telah dikerahkan ke lapangan terbang tersebut.

sumber penerbangan awam pesawat itu ialah Airbus 320.
- Bloomberg, Reuters



Laporan ini sedang berkembang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >