Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat Nepal yang terhempas ditemui, 14 mayat dikeluarkan dari bangkai pesawat

May 30, 2022 | 04:35 PM



PASUKAN penyelamat Nepal berjaya mengeluarkan 14 mayat penumpang dari bangkai pesawat yang terhempas selepas dilaporkan hilang pada Ahad (29 Mei).

Pesawat yang membawa seramai 22 orang penumpang ditemui Isnin (30 Mei) berkecai di kawasan pergunungan.





Pesawat Twin Otter yang dikendalikan Tara Air itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus berlepas dari Pokhara di barat Nepal pagi Ahad, ketika sedang menuju ke Jomsom, tempat tujuan popular bagi kegiatan mendaki gunung.

Semasa operasi menyelamat diteruskan semula pada Isnin, setelah dihentikan selama hampir sehari akibat cuaca buruk, pasukan tentera Nepal berkongsi di media sosial gambar bahagian pesawat dan serpihan lain yang berkecai di lereng gunung.





Bahagian sayap pesawat yang tertera nombor pendaftaran 9N-AET jelas kelihatan dalam imej itu.

Empat warga India, dua warga Jerman dan selebihnya warga Nepal, terbabit dalam nahas itu.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >