Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat tentera Australia terbang di atas kawasan Laut China Selatan yang dipertikai

Dec 16, 2015 | 11:48 AM



SYDNEY: Sebuah pesawat pengawasan tentera Australia telah terbang berhampiran kawasan yang dipertikai di Laut China Selatan, dengan krunya didengar memberi amaran kepada tentera laut China bahawa ia sedang melakukan misi kebebasan navigasi.


Ini diketahui pada Rabu (16 Dis).


Ketegangan di rantau itu meningkat sejak China mengubah terumbu di Laut China Selatan menjadi pulau-pulau kecil yang dapat menyokong kemudahan tentera.


Langkah itu disifatkan Amerika Syarikat sebagai mengancam kebebasan laluan di kawasan pengangkutan satu pertiga minyak dunia.


Pada Oktober, Washington membuat Beijing marah apabila kapal pemusnah berpeluru berpandu USS Lassen belayar dalam kawasan 12 batu nautika dari sekurang-kurangnya sebuah pulau yang dituntut China dalam rantaian Kepulauan Spratly yang dipertikai.


Kini, pesawat peronda Tentera Udara Diraja Australia pula diketahui telah menjalankan rondaan di ruang udara di sekitar kawasan tersebut.


"Sebuah pesawat AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia menjalankan rondaan maritim rutin di rantau itu sebagai sebahagian daripada Operasi Gateway dari 25 Nov hingga 4 Dis," kata jurucakap Jabatan Pertahanan.


"Di bawah Operasi Gateway, Angkatan Pertahanan Australia menjalankan rondaan pengawasan maritim rutin di Lautan Hindi Utara dan Laut China Selatan sebagai sebahagian daripada sumbangan berkekalan Australia bagi memelihara keselamatan dan kestabilan serantau di Asia Tenggara."


Komen itu menyusuli audio yang dikeluarkan oleh BBC pada Selasa selepas tugasan liputan di kepulauan Spratly.


Dalam rakaman radio berkerik itu, seorang juruterbang RAAF kedengaran bercakap kepada tentera laut China.


"Tentera laut China, tentera laut China," kata suara itu. "Kami sebuah pesawat Australia yang sedang melaksana kebebasan hak pelayaran antarabangsa di ruang udara antarabangsa selaras dengan konvensyen penerbangan awam antarabangsa dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut..."


BBC berkata ia merakam audio dari pesawat AP-3C Orion RAAF itu pada 25 November. Menurutnya, mesej tersebut diulang beberapa kali tetapi tiada jawapan kedengaran daripada pihak China.


Akhbar Australia berkata ia difahamkan pesawat itu tidak terbang dalam had 12 nautika batu yang China tuntut sekitar pulau-pulau buatannya.


BBC mengupah sebuah pesawat kecil yang berlepas dari Filipina, yang juga menuntut sebahagian daripada kepulauan dan terumbu yang bertaburan di rantau itu, untuk merakam filem tanah yang ditambak China dan pembinaan negara itu, dan melihat apakah ia akan dicabar.


BBC berkata ia diberi amaran beberapa kali, dengan komunikasi radio dari tentera laut China memberitahu mereka "anda mengancam keselamatan stesen kami".


China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan tetapi Washington telah beberapa kali menolak tuntutan itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >