MEDAN: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, semalam berikrar menyemak keadaan pesawat tentera Indonesia yang semakin menua di samping memodenkan pertahanan negara itu.
Beliau juga mengarahkan satu siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengetahui punca pesawat Hercules C-130 tentera Indonesia terhempas di kawasan kediaman di Medan dan menyebabkan 142 orang terkorban.