Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat tentera Malaysia terhempas di Selangor

Feb 26, 2016 | 04:04 PM



KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat ringan Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) terhempas di sebuah pantai di Kuala Selangor, namun semua yang berada dalam pesawat tersebut terselamat.


Bagaimanapun, seorang penduduk kampung dipercayai mati lemas ketika berusaha untuk menyelamatkan para mangsa.


Pesawat CN235 dilaporkan meninggalkan pangkalan RMAF Subang pagi tadi, Jumaat (26 Februari), bagi satu sesi latihan tetapi terpaksa melakukan pendaratan cemas dekat Pantai Asam Jawa sekitar 8.40 pagi.


Ini selepas pesawat itu mengeluarkan panggilan kecemasan sekitar 10 minit selepas memulakan penerbangan.


Pesawat yang diketuai Mejar Mohd Azri Yacob, 41 tahun, mendarat cemas di pantai berpaya dekat Taman Malawati Utama.


Bahagian tengah pesawat itu terbakar selepas mendarat dengan asap dapat dilihat dari jauh.


Namun, kesemua lapan pegawai tentera yang berada dalam pesawat berjaya diselamatkan oleh para nelayan.


Mereka mengalami cedera ringan tetapi ketua polis daerah Kuala Selangor Ruslan Abdullah berkata seorang nelayan dari sebuah kampung berdekatan mati lemas ketika cuba menyelamatkan para pegawai itu.


Beliau berkata, nelayan itu lemas kerana kakinya tertimbus dalam lumpur di pantai tersebut.


Polis berkata, pesawat melakukan pendaratan cemas selepas mengalami kerosakan enjin. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >