PERTH: Pesawat dan kapal telah dikerah ke zon pencarian baru selepas "petunjuk terbaru" menunjukkan bahawa pesawat MH370 terbang lebih laju daripada yang dianggarkan sebelum ia berakhir di Lautan Hindi.
Sebanyak 10 pesawat dari enam negara - Australia, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat - bertukar arah ke kawasan baharu yang terletak 1,100 kilometer di timur laut kawasan pencarian awal yang menjadi tumpuan sejak seminggu lalu.