Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PH-BN Selangor pertimbang fail petisyen PRN

Aug 13, 2023 | 12:51 PM



Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) mempertimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti tipis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pasukan peguam akan membuat penelitian mengenai perkara itu berdasarkan beberapa isu berbangkit seperti kertas undi tidak dikembalikan di DUN Sungai Kandis.

“Saya dimaklumkan ada beberapa hal untuk petisyen.

“Pihak peguam akan meneliti beberapa persoalan, termasuk kehilangan kertas undi tidak dikembalikan di Sungai Kandis serta jumlah perbezaan (undi) sangat kecil,” katanya pada sidang media selepas PH-BN memenangi majoriti mudah dalam PRN Selangor pada malam Sabtu di Klang, Selangor.

Keputusan PRN Selangor pada Sabtu menyaksikan PH gagal mempertahan beberapa kerusi DUN yang jatuh ke tangan PN dengan majoriti tipis.

Ia termasuk kerusi DUN Dengkil dengan perbezaan 407 undi; Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).

Sementara itu, Datuk Amirudin menzahirkan penghargaan kepada pengundi di Selangor yang sekali lagi memberi mandat kepada PH-BN untuk kekal menerajui kerajaan negeri.

“Pasukan Perpaduan yang baru dibentuk tiga bulan lalu di Selangor berjaya menewaskan gelombang hijau yang direkayasa semenjak Februari 2020.

“Alhamdulillah, rakyat Selangor membuat keputusan tepat dengan mengiktiraf pasukan Perpaduan PRN Selangor. Terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Selangor atas mandat yang diberikan,” katanya.

Datuk Amirudin turut memberi jaminan Kerajaan Perpaduan akan memberi khidmat terbaik kepada setiap rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik.

“Semua pihak perlu menghormati mandat rakyat dan menghentikan segala adu domba bersifat memecah belahkan masyarakat dan mengganggu-gugat kestabilan negeri,” katanya.

Keputusan PRN Selangor menyaksikan PH-BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah selepas memenangi 32 daripada 56 kerusi DUN, sementara PN meningkatkan penguasaan dari hanya satu kerusi pada pilihan raya umum sebelum ini kepada 22 kerusi.

Pengaruh BN di kalangan pengundi terus merosot apabila hanya memenangi dua kerusi DUN, berbanding lima kerusi DUN pada penggal lalu.

Selain Selangor, PRN turut diadakan serentak di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >