Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pihak berkuasa Amerika siap sedia dakwa Wikileaks, Assange

Apr 21, 2017 | 10:33 AM



WASHINGTON (Amerika Syarikat): Pihak pendakwa Amerika dikatakan telah bersiap sedia memfailkan pertuduhan terhadap WikiLeaks, termasuk ke atas pengasasnya Julian Assange, atas tuduhan mendedahkan rahsia sulit negara, lapor CNN hari ini.



Dalam laporannya, CNN menyatakan siasatan yang dilakukan Jabatan Kehakiman ke atas Assange dan Wikileaks mula seawal 2010, apabila pertubuhan itu menerusi laman yang mengongsi dokumen rahsia negara-negara dunia kepada umum itu mula menarik perhatian ramai selepas memuatnaikkan ribuan fail yang dicuri oleh bekas penganalisa risikan Tentera Amerika, yang dikenali sebagai Chelsea Manning.



Pihak pendakwa sukar menentukan sama ada Pindaan Pertama menghalang pendakwaan ke atas Assange, tetapi kini mereka percaya telah mula menemui jalan keluar.



Sementara, The Washington Post melaporkan pihak pendakwaan masih mengkaji tuduhan yang bakal dikenakan terhadap anggota organisasi itu selepas pentadbiran era Obama enggan mengambil tindakan ke atasnya.



Menurut The Washington Post, antara pertuduhan termasuk konspirasi, mencuri harta kerajaan dan melanggar Akta Perisikan.



Bulan lalu, WikiLeaks mengeluarkan dokumen yang mendedahkan rahsia risikan siber Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menyasarkan komputer, telefon bimbit dan televisyen pintar.



Sebelum ini, mereka menerbitkan 250,000 dokumen rahsia Jabatan Negara, hingga menjejaskan operasi tentera Amerika



Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Dalam pada itu, peguam Assange berkata, pihak berkuasa belum memaklumkan mereka mengenai status siasatan. - CNN, Washington Post




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >