JOHOR BAHRU: Operasi memburu peniaga vape di sini sudah dilancarkan, bermula dengan mereka yang menjual cecair yang mengandungi nikotin, menjelang penguatkuasaan larangan terhadap produk itu di negeri ini pada 1 Januari ini.
Polis yang dibantu agensi negeri dan persekutuan menyerbu tiga premis perniagaan - dua di Taman Century dan satu di Larkin - dengan merampas produk bernilai RM380,385 ($124,916).