Pihak berkuasa surai penunjuk perasaan

PHNOM PENH: Pihak berkuasa Kemboja semalam menyuraikan penunjuk perasaan daripada kubu himpunan mereka di ibu kota Phnom Penh dan menghalang bantahan ke atas Perdana Menteri Hun Sen daripada diteruskan.

Kehadiran berdozen pegawai keselamatan lengkap dengan belantan dan perisai telah menyebabkan ratusan penunjuk perasaan lari lintang pukang.

Perkembangan itu berlaku selang sehari empat orang terkorban selepas para pekerja kilang pakaian bertempuran dengan pihak polis.

Pekerja berkenaan adalah sebahagian mogok yang dilakukan di seluruh negara menuntut kenaikan gaji minimum dua kali ganda kepada AS$160 ($202) sebulan.

Pihak berkuasa berkata keganasan yang berlaku itu telah mendorong mereka untuk menghentikan rapat antikerajaan yang telah berlangsung hampir setiap hari di sini. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.