KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati sekitar AS$4 bilion ($5.7 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), lapor The Wall Street Journal (WSJ) semalam.
Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ia menemui empat kes salah laku jenayah antara 2009 dengan 2013 "menggunakan struktur kewangan yang kompleks".