Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya Belanda: PM Rutte menang besar ke atas Wilders

Mar 16, 2017 | 12:48 PM



AMSTERDAM: Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte, dengan mudah mengalahkan cabaran kuat oleh saingan berhaluan kanannya, Encik Geert Wilders, dalam pilihan raya utama negara itu, menurut kiraan sebahagian undi pada Khamis (16 Mac).



Ini memberi kelegaan besar kepada pemerintah Kesatuan Eropah (EU) lain, yang sedang menghadapi gelombang nasionalisme.



Dengan lebih 54 peratus undi telah dikira, parti Liberal VVD Encik Rutte ditetapkan memenangi 32 kerusi, terbesar dalam Parlimen 150 kerusi, dengan Encik Wilders dan Parti Kebebasan (PVV) beliau di tempat kedua bersama dua lagi parti dengan mendapat 19 kerusi setiap satu, lapor agensi berita Belanda, ANP.



Berjuta-juta rakyat Belanda berpusu-pusu ke pusat undi dalam jumlah hampir rekod. Cagaran dalam pilihan raya ini tinggi, melagakan kumpulan Encik Rutte yang pro-Eropah dan saingan beliau yang antiimigresen dan anti-EU.



Mengikuti pungutan suara mengejutkan Brexit tahun lepas dan kemenangan Encik Donald Trump di Amerika Syarikat, pilihan raya Belanda sedang diteliti rapat sebagai ukuran kebangkitan populisme di Eropah menjelang pilihan raya penting di Perancis dan Jerman.



Keputusan pilihan raya itu satu kelegaan kepada parti arus perdana di seluruh Eropah, terutamanya di Perancis dan Jerman, di mana nasionalis sayap kanan berharap memberi impak besar dalam pilihan raya tahun ini, yang berpotensi menimbulkan ancaman ke atas kewujudan EU.



Encik Rutte menerima ucapan tahniah daripada pemimpin Eropah dan bercakap dengan beberapa daripada mereka melalui telefon.



Bagaimanapun, rakan kongsi junior beliau dalam pakatan pemerintah, Buruh, mengalami keputusan paling teruk, memenangi hanya sembilan kerusi, turun daripada 38.



Encik Rutte mungkin beralih kepada Rayuan Kristian Demokratik (CDA) dan parti Demokrasi D66, yang memenangi 19 kerusi setiap satu, untuk membentuk pemerintah campuran.



Memandang gabungan tiga parti itu mendapat 70 kerusi, beliau masih memerlukan pihak lain untuk mencapai majoriti 76 kerusi. Ini bermakna ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk beliau untuk berunding bagi membentuk pemerintah campuran. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >