Pilihan raya di Sarawak?

PETALING JAYA: Satu lagi pilihan raya kecil boleh dijangkakan di Balingian, Sarawak - yang kedua sejak pilihan raya umum Malaysia pada Mei tahun lalu.

Pilihan raya kecil di Sarawak akan berlaku jika Ketua Menteri negeri itu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meletak jawatan menjelang akhir bulan ini.

Tan Sri Abdul Taib, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingian sejak 2001, perlu meletak jawatan sebagai Adun dalam tempoh terdekat jika beliau mahu dijadikan ketua negeri yang baru, menurut laporan akhbar The Star, hari ini.

Seberang peletakan jawatan sebelum 20 Jun ini akan menyebabkan perlunya diadakan satu pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah, berkata pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika jawatan Tan Sri Abdul Taib itu dikosongkan dalam tempoh dua tahun sebelum dewan perundangan negeri itu bubar.

"(Tempoh) dewan negeri Sarawak akan tamat pada 20 Jun 2016. Jadi, tempoh dua tahun itu bermula pada 21 Jun 2014. Jika sesiapa meletak jawatan sebelum 20 Jun, harus diadakan pilihan raya kecil," jelas beliau melalui SMS kepada The Star.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.