Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya Jakarta: Pusingan kedua 19 Apr, anak mantan presiden Yudhoyono kalah

Feb 16, 2017 | 09:49 AM



JAKARTA: Dengan keputusan kiraan cepat mencadangkan beliau kalah, calon pilihan raya gabenor Jakarta, Encik Agus Harimurti Yudhoyono, mengaku kalah dalam persaingan tiga pihak bagi jawatan tertinggi di ibu negara Indonesia itu pada Rabu (15 Feb).



Menyampaikan ucapan di ibu pejabat kempennya pasukanya di Menteng di Jakarta Pusat pada petang Rabu, Encik Agus, disertai gandingan pilihan rayanya, Cik Sylviana Murni, dan para eksekutif Parti Demokratik, berkata "ada yang menang dan ada yang kalah dalam setiap pertandingan".



"Ada saat kita gembira atau sedih dan itulah realiti kehidupan. [...]Saya percaya bahawa semua yang berlaku ada sebab-sebabnya," kata beliau dalam ucapan 10 minit itu.



"Saya terima kekalahan dengan bermaruah dan kerendahan hati," katanya.



Menurut kiraan cepat Pusat Penyelidikan Kompas, sehingga 6.51 pagi Khamis waktu tempatan, penyandang Basuki 'Ahok' Tjahaja Purnama dan gandingan beliau, Encik Djarot Saiful Hidayat, mendahului pusingan pertama pilihan raya dengan 42.87 peratus undi, diikuti gandingan Anies Baswedan-Sandiaga Uno, dengan 39.76 peratus, dan Agus-Sylviana mendapat 17.37 peratus undi.



Encik Agus berkata beliau telah mengucapkan tahniah kepada Ahok dalam satu panggilan telefon kerana berjaya mendapat tempat dalam pusingan kedua pilihan raya.



"Saya juga cuba menghubungi Anies dan Sandiaga, tetapi malangnya mereka masih sibuk."



Undang-Undang Pentadbiran Daerah Istimewa Jakarta menetapkan hanya pasangan calon yang memperoleh 50 peratus undi boleh menang pusingan pertama.



Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Jakarta (KPU Jakarta) mengumumkan pusingan kedua perlumbaan antara dua gandingan yang mendapat paling banyak undi akan diadakan pada 19 April. - Jakarta Post/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >