Pilihan raya Kajang: Reaksi berbeza-beza dari pengundi

KAJANG: Pelbagai reaksi diberikan penduduk Kajang terhadap pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang akan berlangsung bulan depan.

Ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana perlu mengundi sekali lagi selepas mengundi pada pilihan raya umum pada Mei tahun lalu.

Tetapi ada juga yang mengalu-alukannya kerana ketua pembangkang dari PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan bertanding, kata laporan dalam talian akhbar The Star.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negerinya (Adun), Encik Lee Chin Cheh, dari PKR meletak jawatan secara mendadak bulan lalu.

Ia akan diadakan pada 23 Mac ini, manakala hari penamaan calon 11 Mac ini.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.