Pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei tarikh penamaan calon manakala 25 Mei hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat khas penetapan PRK Bukit Gelugor, di Ibu Pejabat SPR, di sini, 10 pagi tadi.

Tan Sri Abdul Aziz berkata, tempoh kempen adalah 13 hari hari dan kaedah pengundian ialah mencelup jari kiri pengundi dalam dakwat kekal, sama seperti kaedah pengesahan digunakan pada PRK Balingian pada 29 Mac lalu.

SPR akan menggunakan daftar pemilih induk 2012 pada PRK Bukit Gelugor.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor kosong selepas penyandangnya, mendiang Karpal Singh daripada DAP maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, dekat Gua Tempurung pada 17 April lalu.

Mendiang Karpal yang juga bekas Pengerusi DAP memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu dengan majoriti 42,706 undi dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Encik Teh Beng Yeam.

PRK Bukit Gelugor adalah PRK kelima dalam tempoh setahun sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu; DUN Sungai Limau, Kedah; DUN Kajang, Selangor dan DUN Balingian di Sarawak.

Dalam PRK berkenaan BN mengekalkan DUN Kuala Besut dan Balingian manakala pembangkang mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau serta Kajang. - BHM

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.