Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya M'sia: 16 ahli mahu mahkamah gantung Umno kerana langgar Perlembagaan parti

Apr 21, 2018 | 02:57 PM



KUALA LUMPUR - Seramai 16 anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno)  memfailkan kertas mahkamah pada Jumaat (20 April) supaya parti politik terbesar Malaysia, Umno, menggantung kegiatannya kerana didakwa melanggar Perlembagaan parti.



Langkah mereka menyusuli komen dua bekas menteri kabinet Malaysia yang mempersoalkan sama ada Umno boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya umum 9 Mei kerana parti itu dua kali menangguhkan pemilihan dalamannya - melebihi had tiga tahun yang ditetapkan oleh perlembagaannya sendiri.



Isu itu mendapat perhatian kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) bulan lalu memberi Umno  pelanjutan kedua untuk menangguhkan pemilihannya. Dua minggu lalu ROS menggantung sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana gagal mematuhi perlembagaannya. Perkaranya tidak didedahkan ROS.



PPBM diterajui Tun Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri yang mengetuai  pembangkang untuk menjatuhkan presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak.



Kumpulan 16 anggota Umno itu, diwakili peguam Haniff Khatri Abdulla, membuat tiga permohonan ke Mahkamah Tinggi pada Jumaat, menurut laporan di laman Malay Mail Online (MMO).



"Kami berpendapat bahawa semakan kehakiman diperlukan ekoran kegagalan Umno mematuhi perlembagaannya sendiri," kata Haniff pada sidang akhbar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.



Beliau berkata ROS "tiba-tiba pada 5 Mac menyatakan ia kini membenarkan Umno menangguhkan pilihan raya parti pada tahun depan, sedangkan ia kali akhir diadakan lima tahun lalu."



Mantan Menteri Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata pada Khamis (19 April) bahawa mahkamah Malaysia, bukannya ROS, harus memutuskan mengenai isu perlembagaan Umno itu.



"Umno hanya boleh menjalankan urusan harian setelah mendapat pengisytiharan mahkamah. Jika tidak, ramai ahli akan mempersoalkan kesahihan Umno," menurut laporan Malaysiakini memetik Datuk Seri Rais.



Beliau mengingatkan ahli-ahli Umno bahawa parti itu dibatalkan pendaftarannya pada 1988 semasa perbalahan kepimpinan selepas beberapa ahli meminta Mahkamah Tinggi  memutuskan perkara perlembagaan Umno berhubung cawangan parti haram.



Umno, yang secara tradisinya mengadakan pemilihannya setiap tiga tahun, kali akhir  mengadakan pemilihan pada 19 Oktober 2013.



Ia pertama kali dibenarkan oleh ROS tahun lalu untuk menangguhkan pengundiannya sehingga Khamis, 19 April 2018.



Bulan lalu, ROS memberitahu Umno bahawa ia boleh menangguhkan lagi pemilihannya  satu tahun lagi hingga 19 April tahun depan.



Tan Sri Rafidah Aziz, seorang mantan menteri yang bersikap tegar terhadap kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak, presiden Umno, berkata bahawa dari segi undang-undang parti itu tidak boleh bertanding dalam pilihan raya 9 Mei kerana ia tidak menghiraukan perlembagaannya sendiri.



Umno menangguhkan pilihan raya dalamannya sejak beberapa tahun lalu memandangkan Datuk Seri Najib menghadapi cabaran berhubung skandal dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan kemudian bagi mempersiap parti bagi pilihan raya umum.



Pengaduan oleh Datuk Seri Rais, 76 tahun, dan Tan Sri Rafidah, 74 tahun, menarik perhatian kerana kededuanya setia kepada Umno berhubung isu 1MDB, tetapi semakin kritikal terhadap kepimpinan Najib sejak beberapa bulan kebelakangan.



Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata beliau tidak melihat masalah dengan pelanjutan yang diberikan ROS kepada parti. Beliau memetik Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa di bawah Seksyen 3A Akta yang sama, menyatakan bahawa ROS mempunyai kuasa memberi penangguhan itu.



Beliau berkata tidak harus ada keraguan terhadap kedudukan Umno sebagai parti yang sah, menurut akhbar New Straits Times memetik beliau sebagai berkata pada Rabu (18 April).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >