Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilot Lion Air 'tawar pramugari sebagai pampasan' digantung khidmat

Nov 19, 2015 | 06:07 PM



JAKARTA - Sebuah syarikat penerbangan Indonesia telah menggantung khidmat seorang pembantu juruterbangnya selepas beliau dikatakan menawarkan seorang pramugari sebagai 'pampasan' ekoran kelewatan penerbangan ke Bali.


Seorang penumpang Lambertus Maengkom begitu terkejut dan kecewa dengan tawaran itu sehingga beliau membuat aduan tentang kelakuan tidak senonoh juruterbang itu kepada kementerian pengangkutan.


Encik Maengkom berkata, sedang pesawat Lion Air itu memulakan penerbangannya dari pulau Jawa, pembantu juruterbang secara berseloroh mengumumkan beliau akan menawarkan seorang pramugari berstatus janda kepada para penumpang untuk membayar ganti kelewatan penerbangan tersebut.


Pilot tersebut juga mengeluarkan 'suara mengerang yang kuat' menerusi mikrofon.


"Kami ingin tahu sama ada perkara tersebut satu prosedur biasa yang digunakan oleh juruterbang Lions Air menawarkan secara berulang-ulang menerusi mikrofon pramugari berstatus janda kepada penunpang?" kata beliau.


Media Indonesia membuat liputan meluas terhadap insiden tersebut sehingga memaksa Lion Air melancarkan siasatan dalaman.


Mengumumkan hasil siasatan awal itu lewat semalam, Lion Ain berkata pembantu juruterbang yang tidak diberikan namanya itu telah digantung.


"Pembantu juruterbang itu telah digantung dan dilarang mengemudi pesawat," kata pengarah ehwal umum Lion Air, Encik Edward Sirait, dalam satu kenyataan.


Namun beliau tidak menyentuh tentang dakwaan prumagari itu sebaliknya menegaskan juruterbang itu tidak mabuk manakala suara mengerang dari kokpit itu tidak mempunyai sebarang niat jahat disebaliknya.


"Suara juruterbang itu seakan beliau sedang tercungap-cungap, demikian cara beliau bercakap.


"Beliau meletakkan mikrofon dekat dengan bibirnya, justeru apabila beliau bernafas atau bercakap, beliau seolah-olah seperti mengerang," kata Encik Sirait. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >