PKR saman Najib langgar had belanja pilihan raya berhubung dana RM2.6b

PEMBANGKANG Malaysia telah menyaman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas tuntutan pemerintah Barisan Nasional (BN) melanggar had pembiayaan pilihan raya umum (PRU) 2013, selepas dilaporkan Datuk Seri Najib menerima RM2.6 bilion ($916 juta) dalam akaun peribadi beliau kononnya untuk partinya, Umno.

Datuk Seri Najib dan Umno sebelum ini mempertahankan bahawa wang itu - kebanyakannya diterima hanya beberapa minggu sebelum PRU pada Mei 2013 - ialah derma untuk dana politik.

Parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR), memfailkan saman semalam terhadap Datuk Seri Najib; setiausaha agung BN, Tengku Adnan Mansor; syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB); dan SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia menyatakan wang itu lebih 26 kali ganda had perbelanjaan yang ditetapkan bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam PRU tersebut.

Dana tersebut sebelum ini didakwa datang daripada 1MDB.

Naib presiden PKR, Cik Nurul Izzah Anwar, berkata dalam satu kenyataan semalam saman itu akan cuba membatalkan keseluruhan PRU agar undi diadakan lagi.

Had perbelanjaan bagi calon kerusi parlimen ialah RM200,000 sementara bagi kerusi DUN RM100,000.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.