Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PKR tidak yakin perlu adakan pilihan raya di Pulau Pinang

Jul 20, 2016 | 10:34 AM



KUALA LUMPUR: Walaupun Parti Tindakan Demokratik (DAP) sedang menimbang mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata pada Selasa (19 Jul) malam ia tidak yakin perlunya berbuat demikian.



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas satu mesyuarat kepimpinan, berkata: "Kami tidak yakin dengan tujuan atau objektif mengadakan pilihan raya mengejut.



"Tetapi kepimpinan PKR bersedia meneruskan perbincangan dengan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini."



Pakatan Harapan ialah pakatan pembangkang.



Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, yang dilaporkan telah berkata beliau akan menghadiri mesyuarat PKR itu, tidak hadir.



Sejak Lim dikenakan dua tuduhan rasuah dua minggu lalu, pemimpin DAP menimbang mengadakan pilihan raya mengejut, untuk memanfaatkan kemarahan orang ramai terhadap tuduhan tersebut, yang parti itu berkata bermotifkan politik.



Tetapi penganalisis memberi amaran mengadakan pilihan raya mengejut mungkin menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan lebih banyak kerusi di kedua-dua pilihan raya, negeri dan federal.



Ini kerana, antara lain, pembangkang mempunyai masalah memenangi undi orang Melayu.



Pembangkang memenangi majoriti dua pertiga di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2013. Namun, banyak perkara telah berlaku sejak itu, dengan pembangkang berhadapan dengan masalah - daripada penahanan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada perpecahan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >