PM Australia: Kehilangan MH370 'amat misteri'

SYDNEY: Perdana Menteri, Tony Abbott hari ini menyifatkan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) sejak lebih seminggu lalu sebagai 'amat misteri' dan beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

Australia telah mengerahkan dua pesawat pemantau Orion untuk menyertai misi antarabangsa mencari dan menyelamat pesawat MAS yang hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang berlepas pada 12.30 tengah malam pada 8 Mac lalu.

Kerajaan Malaysia sebelum ini mendedahkan siasatan mengenai pesawat hilang itu kemungkinan terbang beberapa jam lagi sebelum menghala ke Tengah Asia atau ke selatan Lautan Hindi.

Ditanya sama ada agensi negara itu dapat mengesan pesawat MH370 memandangkan pantai barat Australia bersempadan dengan Lautan Hindi, Abbott berkata:

"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya. Namun, agensi berkenaan sedang memeriksa data mereka untuk meningkatkan pemahaman terhadap misteri ini," katanya. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.