Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee: Pemerintah negara dunia perlu main peranan aktif pasti manfaat era digital diraih sama rata untuk warga

Nov 11, 2017 | 07:30 PM



BAGI memastikan setiap orang meraih manfaat daripada era digital, pemerintah negara dunia perlu memainkan peranan aktif dalam memastikan yang manfaatnya diagih sama rata, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Beliau bercakap demikian kepada 20 pemimpin negara di sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang berlangsung di Danang, Vietnam, semalam.



Sementara pasaran bebas dan perniagaan privet diperlukan bagi memacu inovasi yang telah membuka sempadan baru untuk perdagangan, ekonomi yang cekap dan adil adalah sama penting, kata Encik Lee yang ditukil dalam laporan
The Straits Times.



“Ia tidaklah boleh semata-mata ‘laissez-faire’ atau bebas daripada campur tangan.

“Memang kita boleh menyerahkan hal ini kepada pasaran tetapi akan berlaku banyak gangguan dan cabaran sedang sektor menjalani penyusunan semula dan hambatan bagi memanfaatkan peluang baru.



“Jadi, pemerintah harus memainkan peranan yang aktif,” jelas beliau.



Encik Lee menggesa pemerintah negara anggota supaya mengurangkan kesan daripada teknologi mengganggu yang bersifat ‘si pemenang membolot semuanya’ kerana ini akan menghalang pemerintah daripada menggalak penyatuan dan kerjasama ekonomi yang memanfaatkan semua pihak.



Melalui pemindahan fiskal, pelaburan dalam pendidikan, latihan dan sumber manusia, mereka dapat mengagihkan manfaat daripada era digital dengan lebih adil, tambahnya.



Secara bersama, ekonomi Apec menyumbang kepada 49 peratus daripada dagangan dunia pada 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >