PERDANA Menteri Lee Hsien Loong semalam menemui Presiden Amerika, Encik Barack Obama dan mengadakan perbincangan dua hala antara kededua negara dalam pertemuan sempena Sidang Puncak Asean 2015 di Kuala Lumpur.
Dalam perbincangan itu, Encik Lee antara lain menyatakan sokongan dan penghargaan Singapura dan Asean ke atas kehadiran Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan mengekalkan keamanan dan kemantapan dalam isu Laut China Selatan.