KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mencadangkan satu undang-undang baru digubal bagi membanteras dan mengambil tindakan ke atas rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan militan dan kumpulan pengganas.
Beliau menbuat usulan itu ketika membentangkan Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)' di Parlimen semalam.