Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Norway ditangkap main Pokemon Go dalam Parlimen

Oct 06, 2016 | 11:02 AM



LONDON: Perdana Menteri Norway, Cik Erna Solberg, 55 tahun, ditangkap oleh kamera bermain Pokemon Go pada telefon bimbit semasa satu perbahasan di Parlimen, lapor sebuah akhbar Britain, Independent.



Cik Solberg, seorang peminat permainan telefon pintar itu yang pernah berihat semasa satu mesyuarat rasmi di Slovakia untuk memburu 'raksasa' Pokemon di bandar silam Bratislava, dilihat bermain permainan itu pada Selasa (4 Okt) semasa pemimpin parti Liberal, Cik Trine Skei Grande, berucap.



Walaupun beberapa musuh politik menyifatkan tingkah laku beliau itu "kurang ajar", Cik Grande - seorang peminat Pokemon Go juga - lebih memahami, lapor Independent.



Selepas gambar Cik Solberg bermain permainan disiar, Cik Grande tweet: "Dia mendengar apa yang saya cakap, anda tahu kami wanita boleh melakukan dua perkara pada masa yang sama."



Cik Grande sendiri membuat kekecohan sama pada Ogos, apabila beliau dilihat bermain permainan itu semasa satu mesyuarat keselamatan negara.



Cik Solberg memberitahu Norway TV2: "Saya fikir Trine suka saya membuka permainan itu semasa dia berada di atas mimbar."



Perdana Menteri itu sebelum ini memberitahu pemberita beliau mahu "menetaskan telur" semasa di Bratislava, untuk menangkap Pokemon yang jarang ditemui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >