Polis Amerika lepas gas pemedih mata

FERGUSON (Missouri): KETEGANGAN berlaku di St Louis hingga polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan bagi meleraikan mereka yang marah terhadap seorang anggota polis kulit putih yang menembak mati seorang remaja kulit hitam pada 9 Ogos lalu.

Ratusan penunjuk perasaan meninggalkan kawasan setelah pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung antara 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Namun, ada juga kekal membantah tindakan polis dan perintah berkurung yang dikenakan dengan melaungkan: "Tiada keadilan! Tiada perintah berkurang!".

Polis bagaimanapun memberi amaran akan memberkas mereka yang berdegil, namun penunjuk perasaan berkata mereka berhak membuat tunjuk perasaan secara aman.

Jurucakap polis, Leftenan John Hotz mengesahkan mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Sebelum ini, Gabenor Jay Nixon, mengisytiharkan darurat di Ferguson menyusuli ketegangan yang berlaku pada malam Jumaat lalu.

Ini menyusuli tindakan seorang anggota polis yang menembak mati seorang remaja kulit hitam, Michael Brown, 18 tahun, kerana menyangkakan remaja itu melakukan jenayah.

Pegawai polis berkenaan telah dikenalpasti sebagai Darren Wilson.

Wilson telah berkhidmat sebagai anggota polis sejak enam tahun lalu dan tidak punya masalah disiplin.

Pihak polis membuat pendedahan tentang Wilson hanya tiga hari selepas kejadian berlaku kerana khuatir keselamatan anggotanya itu.

Sebelum tembakan ke atas Brown berlaku, polis menyatakan adanya kejadian rompakan bersenjata di kedai serbaneka berhampiran lokasi remaja itu.

Polis mengesahkan Brown tidak mempunyai rekod jenayah.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kini memperluaskan penyiasatan hak asasi manusianya berhubung dengan kes tembakan itu. - USA Today.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.