Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Asean setuju tingkat kerjasama kongsi maklumat

10 negara anggota tandatangan Protokol Penyelarasan dan Komunikasi ASEANAPOL untuk Pengurusan Krisis
Jul 29, 2016 | 09:28 AM



PUTRAJAYA: Persidangan ASEANAPOL ke-36 yang berakhir semalam melakar sejarah tersendiri apabila 10 negara anggota menandatangani Protokol Penyelarasan dan Komunikasi ASEANAPOL untuk Pengurusan Krisis (ACCPCM) selepas melakukan perbincangan selama 10 tahun.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata protokol berkenaan mula dibincangkan pada tahun 2006 ketika persidangan yang sama dianjurkan di negara ini, yang turut membabitkan Polis Antarabangsa (INTERPOL).



Katanya, pelbagai proses perbincangan dilalui antara semua negara terbabit dalam usaha berkongsi maklumat dan kepakaran dengan pantas, selain menawarkan bantuan segera jika berlaku serangan keganasan dalam skala besar.



"Sebelum ini, berdasarkan laporan media antarabangsa, jika serangan keganasan berlaku di sesebuah negara anggota, mereka boleh meminta bantuan teknikal seperti kelengkapan keselamatan dan kepakaran profesional khusus dalam letupan bom daripada mana-mana negara jiran.



"Protokol berkenaan ditandatangani selepas wakil ASEANAPOL mendapat persetujuan daripada kerajaan masing-masing bagi memastikan keselamatan 10 negara anggota terjamin," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Persidangan ASEANAPOL ke-36 di Hotel Marriot, di sini.



Selain itu, kata Khalid, kerjasama forensik melalui Rangkaian Sains Forensik ASEANAPOL di antara 10 negara anggota turut dimeterai, dengan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat pertamanya dalam masa terdekat.



"Sains forensik adalah aspek penting dalam siasatan jenayah dan kajian forensik akan membantu penyelesaian sesuatu kes.



"Contohnya, banyak kes samun di negara ini yang membabitkan penjenayah Latin Amerika dan apabila kita berkongsi cap jari penjenayah melalui rangkaian forensik, mungkin kita boleh cekup penjenayahnya di Thailand," katanya.



Selain itu, katanya ASEANAPOL juga akan menandatangani surat hasrat untuk mengadakan kerjasama dengan EUROPOL dalam masa terdekat bagi tujuan sama. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >