Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis berkas suami pukul isteri di tepi jalan

Feb 16, 2016 | 07:00 PM



BATU PAHAT: Polis telah menahan seorang lelaki yang memukul isterinya menggunakan kasut di tepi jalan dekat pintu masuk Plaza Tol Ayer Hitam.


Lelaki tersebut diberkas di kediamannya di Taman Sri Kluang, malam tadi, lapor BHM menerui lamannya BHOnline.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Din Ahmad, berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada 7.30 malam dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan.


Katanya, suspek ditahan hasil maklumat orang ramai yang tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini, yang mengecam kenderaan suspek dan menyaksikan insiden berkenaan.


"Pasangan berkenaan bersama anak perempuan mereka berusia 17 tahun dalam perjalanan dari Kluang ke Johor Bahru sebelum berlaku salah faham dan suspek kemudian memberhentikan kereta dipandunya berhampiran Plaza Tol Ayer Hitam.


"Suspek mengaku memukul isterinya berusia 39 tahun menggunakan kasut ketika pertengkaran berlarutan di tepi jalan kerana mendakwa tertekan dengan isterinya yang suka membebel akibat masalah kewangan mereka.


"Suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan, namun dia mempunyai masalah penyakit jiwa dan pernah menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang," katanya di sini, hari ini.


Encik Din berkata, polis turut merampas sepasang kasut hitam milik suspek untuk siasatan lanjut, manakala ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia negatif dadah.


Katanya, keterangan isteri dan anak perempuan suspek turut direkodkan polis ketika suspek ditahan malam tadi.


Dalam kejadian pada 4.30 petang Jumaat lalu, tindakan suspek memukul isterinya di tepi jalan di pintu masuk plaza tol berkenaan dirakam orang awam sebelum rakamannya tersebar di media sosial.


Dalam video selama satu minit itu, suspek berkenaan turut memukul anak perempuannya itu sambil wanita terbabit memeluk erat ibunya bagi melindunginya daripada turut dipukul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >