Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Capitol AS kini lebih bersedia jika diserang

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Polis Capitol Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan serangan ke atas Kongres pada masa hadapan, kata ketuanya kelmarin menjelang ulang tahun kedua serangan maut 6 Januari 2021, dan pembubaran panel kongres yang menyiasatnya.



"Ancaman iklim semasa, terutamanya terhadap pegawai yang dipilih, akan memerlukan kewaspadaan yang berterusan dan dipertingkatkan," kata Ketua Polis USCP, Encik Tom Manger, dalam satu kenyataan.



"Dengan keadaan negara kita yang berdepan perpecahan dalam masyarakat, serangan seperti yang dialami Jabatan kita pada 6 Januari 2021 boleh berlaku lagi. (Namun) Sekiranya perkara yang tidak difikirkan berlaku (lagi), kami akan bersedia."



Lima orang maut dan lebih 140 pegawai polis cedera dua tahun lalu minggu ini apabila penyokong Presiden ketika itu, Encik Donald Trump, bertindak ganas dan menceroboh masuk ke Bangunan Capitol AS ketika penggubal undang-undang dan naib presiden Encik Trump, Encik Mike Pence, bersedia untuk mengesahkan kemenangan pemimpin Parti Demokrat, Encik Joe Biden, sebagai presiden ke-47 negara itu.



Panel Dwipartisan Dewan Perwakilan AS yang menyiasat serangan itu berkata bulan lalu, Encik Trump harus menghadapi tuduhan jenayah kerana peranannya dalam mencetuskan penjarahan itu.



Siasatan selama 18 bulan berakhir apabila rakan-rakan Encik Trump dari Parti Republikan mengambil alih majoriti Dewan semalam, dan berikrar akan membubarkan panel dan sebaliknya menentang Encik Biden, pentadbirannya dan menyiasat anaknya, Encik Hunter Biden, atas dakwaan salah laku.



Dalam mengeluarkan sejumlah terakhir dokumen berkenaan siasatan mereka kelmarin, panel 6 Januari itu menzahirkan kebimbangan keselamatan apabila Kongres bertukar tangan,, menghantar beberapa rekod ke Rumah Putih dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk menyemak dan kembali ke Arkib Negara. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >