MANILA: Polis Filipina memberkas seorang lelaki Australia yang "membunuh secara kejam" seorang remaja Filipina yang ditemuinya di Internet, selepas mayat remaja itu ditemui dalam sebuah bilik motel, kata pegawai Filipina semalam.
Mayat Alona Alvarez, 17 tahun, ditemui pekerja di motel di Dipolog, selatan Filipina, pada 30 Januari lalu.