Polis guna gas pemedih mata terhadap penyokong Prabowo

JAKARTA (AFP) - Polis Indonesia telah menggunakan gas pemedih mata dan semburan air untuk meleraikan perhimpunan para penyokong mantan Jeneral Prabowo Subianto yang kalah dalam pilihan raya presiden bulan lalu.

Ini sedang sebuah mahkamah di sini dijangka mengekalkan keputusan pilihan raya itu, yang dimenangi Encik Joko Widodo atau Jokowi.

Sedang Mahkamah Perlembagaan itu mula membaca keputusan yang panjang lebar terhadap cabaran yang dikemukakan Encik Prabowo, yang boleh mengambil masa beberapa jam, polis di luar terpaksa menggunakan kekerasan untuk meleraikan keadaan hiruk pikuk yang dicetuskan penyokong Encik Prabowo.

Ini selepas kumpulan tersebut seramai beberapa ratus orang melempar batu dan cuba menolak garisan polis rusuhan yang sedang mengawal jalan menuju ke mahkamah berkenaan.

Bahkan, beberapa pegawai polis telah dilihat mengejar beberapa penyokong dan memukul mereka dengan belantan.

Seorang wartawam AFP di tempat kejadian berkata, seorang penyokong yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke sebuah ambulans.

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.