HONGKONG: Polis Hongkong telah membuka semula salah satu jalan raya utama kepada lalu lintas selepas mengalihkan pengadang yang dipasang penunjuk perasaan prodemokrasi sejak dua minggu lalu.
Menjelang tengah hari semalam, Queensway Road telah dibuka semula, membolehkan lalu lintas, termasuk bas sekolah dan bas pelancong, melaluinya untuk ke pusat bandar yang menempatkan syarikat antarabangsa seperti HSBC Holdings dan Standard Chartered.