NEW DELHI: Polis India semalam telah memberkas dua remaja berhubungan dengan kes rogol kanak-kanak berusia dua tahun - kes serangan seksual terbaru yang mencetuskan kemarahan awam.
Pasukan seramai 20 anggota polis telah menyoal 250 suspek sebelum penangkapan dibuat terhadap dua remaja berusia 17 tahun itu yang dipercayai telah menyerang kanak-kanak perempuan itu yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah taman di New Delhi kelmarin malam, lapor agensi berita AFP.