NEW DELHI: Polis India semalam menjalankan serbuan di seluruh New Delhi dalam usaha memburu enam lagi lelaki yang dikehendaki kerana merogol secara bergilir seorang pelancong wanita Denmark - sekali lagi menonjolkan rekod keganasan seksual negara itu kepada dunia.
Lewat kelmarin, polis mengumum penangkapan dua orang lelaki gelandangan yang disyaki terbabit dalam serangan seksual dan rompakan ke atas wanita berusia 51 tahun itu, Selasa lalu.