Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Indonesia tahan 7 eksekutif firma berhubung kebakaran hutan

Sep 17, 2015 | 11:28 AM



POLIS Indonesia menahan tujuh eksekutif korporat pada Rabu (16 Sep) berhubung kes kebakaran hutan menyalahi undang-undang di seluruh Sumatera dan Kalimantan, sebagai sebahagian usaha meluas menangani krisis jerebu.


Suspek terkini yang ditahan termasuk eksekutif kanan Bumi Mekar Hijau, sebuah unit syarikat Asia Pulp dan Paper yang berpangkalan di Singapura dan pengeluar pulpa dan kertas terbesar Indonesia.


Pemerintah Indonesia berikrar akan meningkatkan penguatkuasaan dan meluaskan operasi pembenihan awan, sedang paras pencemaran udara bertambah baik kerana hujan pada Rabu.


Akhhar The Straits Times melaporkan ia difahamkan bahawa polis Indonesia telah mengenal pasti syarikat seperti Bumi Mekar Hijau berhubung jenayah alam sekitar.


Seorang eksekutif kanan syarikat di Sumatera Selatan itu yang dikenal pasti dengan singkatan JLT ditahan pagi Rabu dan sedang disoal siasat.


Jurucakap APP berkata malam tadi ia "tidak mengetahui apa-apa tuduhan rasmi polis baru terhadap mana-mana pembekal kami pada masa ini".


Beliau menegaskan APP melaksana dasar "pembakaran sifar" dalam rantaian bekalannya sejak 1996.


Pegawai kanan enam syarikat lain yang didakwa bagi kesalahan sama juga ditahan pada Rabu untuk disoal siasat.


Bumi Mekar Hijau, yang mempunyai konsesi kayu pulpa di Ogan Komering Ilir di Sumatera Selatan, masih menghadapi perbicaraan bagi sebuah kes sivil berasingan di Palembang.


Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia sebelum ini telah menuntut Bumi Mekar Hijau membayar 7.8 trilion rupiah ($780 juta) bagi ganti rugi kerana pembakaran tanah.


Jika didapati bersalah sekali lagi kali ini, pengurusan syarikat itu boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun.


Tahun ini, unit polis wilayah dalam enam kawasan yang dilanda jerebu telah menyiasat 24 syarikat dan 126 individu kerana melanggar undang-undang alam sekitar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >