Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Jakarta soal anak lelaki Suharto

Apr 21, 2017 | 04:02 PM



JAKARTA (Indonesia): Polis Jakarta baru-baru ini telah memanggil anak mantan presiden Suharto, Hutomo "Tommy" Mandala Putra, sebagai saksi dalam satu kes khianat selepas beliau gagal menyahut undangan polis pada 31 Mac lalu, lapor The Jakarta Post.



Jurucakap polis Jakarta, Panglima Kanan Argo Yuwono berkata, penyiasat polis menemui Tommy dan bukan sebaliknya.



"Kami telah memanggil Tommy minggu lalu," kata Panglima Argo semaalm (20 Apr), namun tidak mendedahkan tarikh sebenar pertemuan itu diadakan.



Tommy dipanggil susuli satu siasatan selepas 11 orang yang disyaki diberkas pada 2 Disember tahun lalu berikutan rancangan yang didakwa bertujuan menjatuhkan pemerintah sedia ada.



Jurucakap polis itu menafikan dakwaan bahawa Tommy dipanggil disebabkan hubungannya dengan Firza Hussein, salah seorang suspek yang mendakwa menjadi penyelaras Yayasan Perpaduan Sahabat Cendana, sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan keluarga Suharto.



Firza didakwa telah menyediakan wang bagi tujuan penderhakaan.



"[Tidak ada bukti] wang untuk tujuan penderhakaan itu disalurkan. Kami tidak menemui sebarang transaksi," kata jurucakap itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >