Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Johor usaha jejak suspek terlibat dalam pembunuhan stesen minyak

Dec 18, 2017 | 03:28 PM



JOHOR BAHRU: Polis telah mengepung sebahagian pusat bandar ini dalam usaha menjejaki beberapa suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam seorang pemandu di sebuah stesen minyak.



Semua unit polis di daerah Johor Bahru Utara dan Iskandar Puteri juga telah diletakkan dalam keadaan siap sedia apabila operasi tersebut diluaskan meliputi Johor Selatan.



Difahamkan polis telah mengenal pasti lelaki berusia 55 tahun, yang merupakan pemilik BMW putih yang digunakan dalam serangan tersebut dan sejak kejadian itu suspek telah diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki..



Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata keterangan mengenai kereta suspek, BMW putih dengan plat nombor pendaftaran WB79L telah disiarkan di halaman Facebook polis Johor.



Justeru orang ramai diminta menghubungi polis sekiranya mereka melihat kereta berkenaan.



Kejadian pembunuhan yang mengejutkan itu telah dirakam oleh saksi dan sejak itu tersebar luas di beberapa platform media sosial.



Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.



Polis belum mendedahkan identiti mangsa kejadian itu.



Motif serangan yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh itu masih belum jelas setakat ini.



Rakaman tersebut menunjukkan bahawa suspek cuba menyeret mangsa ke dalam kereta BMW putih tersebut dan dua kali melangkah mayat mangsa sebelum melarikan diri.



Kejadian itu berlaku sekitar 7.30 malam Ahad di stesen minyak Shell di Jalan Sri Pelangi di Taman Pelangi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >