Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis M’sia tangkap 7 suspek pengganas rancang serang rumah ibadat

Mar 24, 2018 | 05:47 PM



KUALA LUMPUR: Tujuh   suspek pengganasan, yang disyaki merancang pelbagai serangan di Malaysia,    telah ditangkap  di Sabah dan Johor.



Mereka  ditangkap oleh Divisyen Penentangan Pengganasan  Cawangan  Khas Bukit Aman dalam beberapa  operasi   antara 27 Feb dan 15 Mac.



Enam daripada suspek, yang ditangkap di Johor, adalah anggota sel militan IS dan    merancang serangan terhadap rumah ibadat bukan Islam serta penculikan dan pembunuhan anggota polis.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata beberapa  tangkapan pertama melibatkan tiga suspek pada 27 Feb lalu.



“Dalangnya    seorang teknisyen  berusia 37 tahun yang mempelopori rancangan  menyerang rumah ibadat di Johor Bahru. Dia juga secara aktif merekrut anggota militan baru.



“Suspek kedua  pengawal keselamatan dan penasihat  sel itu, yang berusia 49 tahun,”     katanya, sambil menambah bahawa suspek tersebut  bertanggungjawab memastikan  sel itu dan rancangannya kekal menjadi rahsia.



“Dia juga mengancam akan  membunuh sembarang  ahli sel yang membocorkan rahsia itu.



“Suspek ketiga, pengawal keselamatan berusia 30 tahun, ditugaskan untuk memperoleh senjata api dari negara jiran.



“Dia juga meninjau beberapa rumah ibadat yang disasarkan oleh sel pengganas itu,” kata Tan Sri Mohamad Fuzi dalam satu kenyataan pada 24 Mac.



Beliau   menambah bahawa suspek merancang  melarikan diri ke negara jiran dan mencari perlindungan dari kumpulan pengganasan  di sana selepas menjalankan rancangan mereka.



Beliau berkata tiga anggota lain sel yang sama ditahan dalam operasi susulan.



“Seorang daripada mereka –  pelayan berusia 25 tahun –  ditangkap pada 28 Februari dan kami mengetahui bahawa dalangnya telah memerintahkannya supaya  menculik dan membunuh anggota polis.



“Dua lagi, berusia 23 dan 22 tahun,  ditangkap pada 1 Mac dan bekerja sebagai penjaga bangunan  di Singapura. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai perantara dalam membeli senjata api untuk sel itu,” kata Tan Sri Mohamad Fuzi.



Tangkapan  terakhir melibatkan    seorang anggota Abu Sayyaf berusia 31 tahun di Sabah pada 15 Mac.



“Warga  Filipina itu orang kanan  yang  dipercayai  Furuji Indama, ketua  kumpulan itu yang berpangkalan    di Basilan.



“Kami percaya suspek itu mempunyai kaitan dengan militan Malaysia Dr Mahmud Ahmad dan juga dikehendaki oleh pihak berkuasa Filipina kerana  terlibat dalam sindiket penculikan untuk mendapatkan wang tebusan,” ujarnya.



Tan Sri Mohamad Fuzi  menambah bahawa suspek  seorang pakar dalam membuat alat letupan.



 “Dia juga merancang  menyerang beberapa lokasi di Sabah dan diamanahkan  menjadikan negeri itu  sebagai tempat selamat bagi kumpulan pengganas dari Filipina,” katanya. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >